Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602

Iklan
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan. Foto Bernama

SOKONGAN berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan berikutan pengambilan untung dalam pasaran tertentu.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.24 mata kepada 1,602.91 berbanding 1,600.67 ketika ditutup pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.63 mata lebih tinggi pada 1,602.30, bergerak antara 1,600.43 dan 1,604.80 pada sepanjang sesi dagangan itu.

Pada keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 642 kepada 494, manakala 505 tidak berubah, 709 tidak diniagakan dan 27 digantung.

Iklan

Jumlah dagangan turun kepada 4.52 bilion unit bernilai RM3.01 bilion berbanding 4.62 bilion unit bernilai RM3.67 bilion pada Jumaat.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, FBM KLCI mengekalkan prestasi aliran menaiknya susulan pembelian dalam produk dan perkhidmatan pengguna, saham perladangan dan perbankan.

Iklan

"Kami kekal positif terhadap ekuiti tempatan, disokong oleh asas kukuh, penilaian menarik, potensi semakin meningkat dan aliran masuk dana asing.

"Sehubungan itu, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,600-1,620 minggu ini dengan paras sokongan serta-merta pada 1,600 diikuti 1,585 dan paras rintangan pada 1,615,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kebanyakan saham China menghadapi tekanan menurun dalam persekitaran jangkaan bahawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengumumkan rancangan minggu ini untuk meningkatkan tarif ke atas kenderaan elektrik, semikonduktor, peralatan solar dan bekalan perubatan diimport dari China.

"Melihat dari sudut positif, laporan itu menunjukkan bahawa pihak berkuasa di Beijing sedang membuat persediaan untuk terbitan satu trilion yuan (RM653.7 bilion) dalam bon matang lebih lama untuk menyokong langkah rangsangan domestik.

"Ia akan mengakibatkan saham Hong Kong ditutup dengan keuntungan selanjutnya apabila peniaga mengalu-alukan berita tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata, arah pasaran pada minggu akan dipengaruhi oleh peristiwa penting seperti laporan Indeks Harga Pengeluar (IHP) April AS dijadualkan akan dikeluarkan pada Selasa diikuti oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) pada hari Rabu.

Selain itu, perhatian akan diberikan pada pengumuman angka ekonomi Bank Negara Malaysia bagi suku pertama 2024 pada Jumaat ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Genting naik 21 sen kepada RM4.76 ketika ditutup selepas Genting Singapore Plc melaporkan pendapatan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun pada suku pertama 2024.

Sementara itu, saham Genting Malaysia menokok sembilan sen kepada RM2.72.

Axiata and CIMB masing-masing pada tiga sen kepada RM2.83 and RM6.80, msnsksls Public Bank, Hong Leong Bank dan Maybank tidak berubah masing-masing pada RM4.18, RM19.60 dan RM9.87.

Bagi saham aktif, MMAG meningkat 17.5 sen kepada 37.5 sen, MY E.G. menambah satu sen kepada 99.5 sen, TWL tidak berubah pada 2.5 sen, Top Glove naik 1.5 sen kepada 96.5 sen dan Eversendai naik 10 sen kepada 71.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 31.62 mata kepada 12,118.30, Indeks FBMT 100 melonjak 26.80 mata kepada 11,723.97 dan Indeks FBM Emas Syariah pada 24.41 mata kepada 12,308.96.

Indeks FBM 70 melonjak 81.63 mata kepada 17,042.00 tetapi Indeks FBM ACE meningkat 100.74 mata kepada 5,267.49.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 32.87 mata kepada 17,555.64, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.39 mata kepada 192.66, Indeks Perladangan turun 0.26 mata kepada 7,424.17, dan Indeks Tenaga merosot 7.31 mata kepada 977.85.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.53 bilion unit bernilai RM2.55 bilion daripada 2.77 bilion unit bernilai RM2.83 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.11 bilion unit bernilai RM155.54 juta berbanding 1.02 bilion unit bernilai RM145.01 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula naik kepada 884.03 juta saham bernilai RM208.12 juta berbanding 820.27 juta saham bernilai RM289.65 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 433.50 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (400.66 bilion), pembinaan (277.77 juta), teknologi (412.16 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (78.45 juta), hartanah (422.98 juta), perladangan (28.15 juta), REIT (12.71), dana tertutup (115,700), tenaga (181.75 juta), penjagaan kesihatan (152.22 juta), telekomunikasi dan media (38.68 juta), pengangkutan dan logistik (45.02 juta), utiliti (47.63 juta), dan amanah perniagaan (362,800 juta). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!