1,238 penyewa PPR, RSK diberikan notis pengosongan

Iklan
Mohd Jafni Md Shukor

ISKANDAR PUTERI - Kira-kira 1,238 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) di Johor telah menerima notis pengosongan kediaman selepas dikesan menyewakan rumah berkenaan kepada pihak lain.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, maklumat itu hasil daripada pengemaskinian dokumen perjanjian dan profiling data 19,000 unit kediaman PPR dan RSK.

Iklan
Iklan

Jelasnya, profiling yang dibuat sejak dua tahun lalu, telah hampir siap sebanyak 97 peratus melibatkan penduduk di 15 projek PPR dan tujuh projek RSK di seluruh negeri.

"Hasil daripada dapatan yang dibuat mendapati penyewa PPR dan RSK memberikan kediaman berkenaan kepada anak, adik beradik dan saudara mara.

Iklan

"Ini terbukti apabila seramai 613 kes dikesan penyewa PPR dan RSK menyewakan rumah kepada pihak ketiga dengan bayaran sewaan yang lebih tinggi iaitu dua kali ganda.

"Di mana sewa cuma RM250 sebulan tetapi diberi sewa semula oleh penyewa pada kadar RM600 hingga RM700 sebulan kepada pihak lain," katanya pada sidang akhbar pada sidang DUN Johor di sini pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Jafni menjelaskan isu kediaman PPR dan RSK diberi sewa kepada penyewa lain merupakan perkara serius kerana tindakan itu merugikan kerajaan negeri.

"Rumah PPR dan RSK itu sepatutnya disewakan kepada mereka yang layak bergaji rendah. Perkara ini bukan berlaku di Johor sahaja tetapi di seluruh negara yang ada rumah PPR dan rumah sewa kerajaan.

"Disebabkan itu, di Johor kita tidak mahu isu sewakan semula rumah PPR dan RSK ini melarat. Jawatankuasa khas ditubuhkan sejak 2022 untuk lakukan pengemaskinian data ke atas penyewa-penyewa ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!