Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur

Iklan
Pasukan pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL membuat tindakan penguatkuasaan sita

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.

Sitaan dilakukan Jabatan Penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam usaha mengekang penjaja warga asing tidak berlesen menjalankan sebarang aktiviti penjajaan.

Iklan
Iklan

DBKL memaklumkan, pihaknya mengambil tindakan susulan video tular di media sosial pada petang Ahad yang menunjukkan aktiviti penjajaan dilakukan warga Bangladesh di sekitar Jalan Silang.

DBKL mengambil tindakan susulan video tular di media sosial pada petang Ahad

"Pasukan pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL telah hadir di lokasi berkenaan dan membuat tindakan penguatkuasaan sita, juga pindah halangan serta merta ke atas tujuh penjaja warga asing.

Iklan

"Mereka menjual sireh, makanan, pakaian terpakai tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook PBT terbabit.

Sebelum itu, pada tengah hari, pasukan penguat kuasa DBKL telah membuat rutin pemantauan dan tindakan terhadap satu lagi penjaja warga negara sama yang menjual sireh di jalan berkenaan.

Iklan
Barangan yang disita kemudiannya dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi

Tindakan diambil mengikut kesalahan Undang-undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.

DBKL menambah, barangan yang disita kemudiannya dipindahkan ke stor sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan rekod.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!