Johor perkenal dasar kawal lonjakan harga hartanah di Johor
Iklan
Onn Hafiz ketika sidang DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri pada Ahad.
ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri memberi jaminan Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak akan mengenepikan Bangsa Johor daripada menerima kesan limpahan ekonomi.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, JS-SEZ sudah menimbulkan kebimbangan Bangsa Johor dari segi keselamatan dan harga hartanah yang akan melonjak khususnya di kawasan Iskandar Puteri.
Iklan
Iklan
Sehubungan itu, ujarnya kerajaan Johor akan memperkenalkan dasar termasuk premium tanah bagi mengekang spekulasi harga hartanah yang menyebabkan bangsa Johor tidak mampu membeli rumah sendiri.
"Selain itu, kerajaan Johor juga akan berbincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi pembinaan lebih banyak rumah dibina di kawasan JS-SEZ," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Pandak Ahmad (BN- Kota Iskandar) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail dekat sini, pada Ahad.
Sebelum itu, Pandak bertanya mengenai jaminan kerajaan Johor terhadap JS-SEZ kepada nelayan tempatan dari segi keselamatan di perairan dan harga hartanah yang dijangka melonjak di kawasan Iskandar Puteri.
Iklan
Onn Hafiz (BN-Machap) menjelaskan apa sahaja keputusan mahupun cadangan kerajaan Johor berkaitan JS- SEZ akan mengutamakan rakyat tempatan.
"Mengenai keselamatan nelayan, baru-baru ini saya ada berjumpa dengan persatuan nelayan. Dalam perbincangan pelbagai inisiatif disalurkan kepada nelayan daripada kerajaan negeri termasuk daripada kerajaan Persekutuan.
"Dari segi keselamatan, perkara ini juga perlu dilontarkan dalam sesi dialog libat urus bersama kementerian terlibat. Ada 18 kementerian terlibat dalam perbincangan untuk memastikan perkara yang dibangkitkan semua pihak diambil kira," katanya.
Pada September tahun lalu, Onn Hafiz dilaporkan berkata, penubuhan JS-SEZ itu akan mengambil contoh usaha pembangunan Zon Ekonomi Shenzhen yang berupaya merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah RM1.93 trilion pada 2021
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.