Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim

Iklan
Zaid. Foto fail Sinar Harian

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) gagal menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) kerana didakwa tiada sebarang perkara yang ditawarkan untuk masa depan pengundi.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, kekalahan tersebut menjadi pengajaran buat PN agar menukar pemimpin mereka yang sudah sangat tua, bukan hanya dari segi umur tetapi juga idea.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peluang kepada pemimpin lebih muda perlu diberikan untuk mencergaskan parti dan menawarkan sesuatu yang baharu kepada rakyat, bukannya sekadar mengimbau jasa masa lalu.

"(Tan Sri) Muhiyuddin (Yassin) sentiasa bercakap tentang pencapaian besarnya sebagai pemimpin negara, tetapi itu adalah masa lalu.

Iklan

"Apa yang ditawarkan untuk masa depan? Tiada apa. Sudah tiba masanya Muhyiddin berundur.

"Bersatu tidak cukup fokus untuk membuktikan ia adalah parti masa depan.

Iklan

"Mereka tidak menawarkan apa-apa yang baharu kecuali membawa pakatan politik dalam bentuk gerakan yang tidak bermaya.

"Orang Melayu di Tanah Melayu kini mencari pemimpin yang boleh membantu mereka mencari tempat di bawah sinar matahari, bukan mengenang," katanya menerusi hantaran di X pada Ahad.

Tambah beliau, bukan hanya Muhyiddin, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga perlu berundur.

Justeru katanya, Pas dan Bersatu mesti mula menukar pemimpin dengan mengadakan kongres yang luar biasa.

"Hadi hanya bercakap tentang ketakutan DAP, apa yang berlaku kepada orang Melayu di Singapura.

"Taktik menakutkan tidak lagi berfungsi. Sudah tiba masanya dia berundur.

"Bawalah barisan pemimpin politik sebenar yang boleh memberi persaingan kepada Anwar Ibrahim," katanya.

Pada masa sama, ujar beliau, model ekonomi Islam lebih sesuai untuk membantu golongan miskin di negara ini.

"Pas di bawah ulama gagal memanfaatkan Islam sebagai pemangkin sosial dan ekonomi.

"Pas belum mampu menawarkan pelan induk ekonomi yang boleh meraih undi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!