Tembok masjid diconteng perkataan kesat

Iklan
Polis menyiasat kejadian conteng tembok pagar sebuah masjid di Kuala Kubu Baharu pada Sabtu. (Gambar kecil: Hussein)

HULU SELANGOR - Polis menyiasat kejadian conteng dengan perkataan kesat dan berbaur penghinaan di tembok sebuah masjid di Kuala Kubu Baharu di sini.

Difahamkan, perkara itu disedari jemaah masjid terbabit selepas selesai solat Subuh pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Berikutan itu, pengurusan masjid tersebut telah mengecat semula dinding berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada jam 9 pagi.

Iklan

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengeluarkan perkataan, bunyi, isyarat dan sebagainya berniat hendak melukakan perasaan keagamaan seseorang.

"Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya pada Sabtu.

Iklan

Kejadian itu turut tular di media sosial hingga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!