Penuntut UniMAP luluh hati lihat motosikal terbakar

Iklan
Keadaan motosikal yang musnah dalam kebakaran di kawasan parkir asrama lelaki UniMAP pada awal pagi Sabtu.

ARAU - Luluh hati mangsa kebakaran apabila motosikal yang diparkir di kawasan parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh di sini, musnah dijilat api dalam kebakaran pada awal pagi Sabtu.

Mangsa, Wan Muhammad Hasief Wan Shahar, 26, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di tingkat lima asrama.

Iklan
Iklan

Menurut pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik itu, dia mengetahui kejadian itu selepas dikejutkan rakannya sebelum memberitahu bangunan blok asrama terbakar.

"Saya ingatkan blok asrama ini yang terbakar. Jadi saya bawa barangan apa yang boleh diselamatkan termasuk komputer riba ke bawah.

Iklan

"Namun apabila melangkah turun ke bawah, saya melihat motosikal Yamaha Y16 saya yang baharu setahun digunakan disambar api," katanya.

Wan Muhammad Hasief adalah salah seorang pemilik daripada 26 motosikal yang musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP terbakar.

Iklan

Tambahnya, dia hanya mampu melihat dan tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyelamatkan motosikalnya disebabkan keadaan api sedang marak.

Laporan Sinar Harian.

Akibat kejadian itu, Wan Muhammad Hasief dianggarkan menanggung kerugian dianggarkan sebanyak RM14,500.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Muhammad Muaz Mohd Sofi, 25, juga terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan motosikal Honda RS150 miliknya.

Menurut Muhammad Muaz, dia tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan motosikal yang sudah digunakan lebih lima tahun lepas apabila api marak dengan cepat.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 36 motosikal rosak termasuk 26 motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan parkir itu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma'at, operasi memadam kebakaran tamat pada 5.52 pagi melibatkan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Arau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!