Pusat hiburan dibaling bom petrol: Dua lagi individu diberkas

Iklan
Rakaman CCTV memaparkan beberapa individu membaling objek dipercayai bom petrol ke arah sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Dua lagi individu ditahan berkaitan kes sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek diberkas pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Tangkapan dua lelaki warga tempatan ini menjadi empat tangkapan keseluruhan yang dijalankan setakat ini.

"Kesemua tangkapan yang merupakan lelaki warga tempatan berumur lingkungan 25 hingga 28 tahun telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Rusdi

Katanya, pihaknya masih menyiasat motif berhubung kejadian.

Sebelum ini, dua suspek berumur 25 tahun ditahan di sebuah rumah di Batu Caves kira-kira jam jam 3 petang, Jumaat.

Iklan

Pada Khamis, tular video melalui media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!