Tentera bantu JBPM padam kebakaran hutan

Iklan
Tentera bantu JBPM padam kebakaran hutan

BACHOK - Tentera Darat Malaysia (TDM) membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memadamkan kebakaran hutan tanah gambut di Kampung Kual Kecil, Gunong di sini pada Khamis.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, operasi pada jam 8 pagi itu dilaksanakan TDM melalui Briged Kelapan Infantri Malaysia yang telah mengatur gerak pasukan Rejimen 506 (AW) dan Stesen Bomba Tentera Darat.

Iklan
Iklan

"Dua orang pegawai bersama dengan 22 anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian.

"Ia melibat operasi memadam kebakaran di kawasan hutan tanah gambut berkeluasan hampir 4 hektar persegi," katanya.

TDM akan terus memberikan kerjasama kepada agensi-agensi awam demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat di negeri Kelantan.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan dan memberikan bantuan sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Ujarnya, TDM akan terus memberikan kerjasama kepada agensi-agensi awam demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat di negeri Kelantan.

Iklan

"Kerjasama seumpama ini sejajar dengan usaha dalam memperkasakan kerjasama dan hubungan erat TDM dengan agensi awam," katanya.

Menurut kenyataan itu, turut sama membantu adalah anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!