Kira-kira 110,000 warga Palestin larikan diri dari Rafah - UNRWA

Iklan
Penduduk Palestin meletakkan barang-barang mereka di atas kenderaan di tengah-tengah khemah di sepanjang pantai di Deir el-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Jumaat. Foto AFP

TEL AVIV - Kira-kira 110,000 warga Palestin telah meninggalkan Rafah di selatan Semenanjung Gaza sejak tentera Israel mula mara ke bandar itu, menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menerusi hantaran di X, UNRWA berkata, tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.

Iklan
Iklan

"Satu-satunya harapan ialah gencatan senjata dengan segera,” kata UNRWA.

Menurut pihak berkuasa sempadan Palestin, lintasan sempadan Rafah ke Mesir masih ditutup untuk penghantaran bantuan kemanusiaan. - Bernama/dpa

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!