[VIDEO] 'Pengundi Melayu jangan jadi macam lesung dengan alu' - Abdul Hadi

Iklan

HULU SELANGOR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegur sikap segelintir orang Islam yang memandang remeh kewajipan mengundi sehingga tidak ambil tahu siapa yang memerintah.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, politik memilih pemimpin adalah kewajipan dalam agama dan mereka perlu mengelakkan perpecahan sesama sendiri.

Iklan
Iklan

"Kalau kita tidak keluar mengundi, calon yang menang akan merosakkan, kita terimalah akibatnya. Terimalah bahaya dan kemungkaran di masa akan datang.

"Tidak ada guna kita orang Islam berpecah, bukan nak berperang (tetapi) kuatkan kekuatan Islam. Kita jangan berlaga (bergaduh), jangan jadi lesung dengan alu bertumbuk, yang kenyangnya ayam. Kita lawan sesama sendiri, kuasa politik jadi hak orang lain,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana PN sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) di Batang Kali pada malam Khamis.

Abdul Hadi ketika menyampaikan amanatnya sempena Ceramah Perdana PN di Batang Kali pada malam Khamis

Turut hadir, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengarah PRK Kuala Kubu Baharu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Iklan

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyeru umat Islam mengelakkan perpecahan sekali gus mengukuhkan syiar Islam.

Justeru ujarnya, pengundi wajib menolak calon dari parti yang dasar serta ideologinya secara terang-terangan bercanggah Islam.

"Kita mesti pilih calon yang jelas parti dia, bukan calon yan tidak ada parti (atau) calon yang partinya macam 'sarang labah-labah', tidak ada kekuatan.

"Ini (memilih calon) meruoakan satu tanggungjawab yang sangat besar,” tegasnya..

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Ta (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (PRM).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!