Kempen PH dijalankan mengikut lunas undang-undang - Anthony

Iklan
Anthony. Foto Bernama

HULU SELANGOR - Aktiviti kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) dijalankan mengikut lunas undang-undang, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Menteri Pengangkutan itu menafikan telah berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan sekali gus menegaskan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa berkaitan jika PH telah melakukan kesalahan ketika berkempen.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam mana-mana kempen pilihan raya pihaknya sentiasa komited dalam menghormati proses dan undang-undang yang ditetapkan.

"Kita menjalankan kempen kita ini dengan teratur mengikut undang-undang, memang tidak ada apa-apa unsur rasuah, mana-mana pihak yang tak puas hati dia boleh buat petisyen lepas pilihan raya dan sebagainya.

Iklan

"Saya juga telah pesan kepada calon dan pasukan kita untuk sentiasa mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan," katanya ketika ditemui selepas program Santai Bersama Menteri Pengangkutan di Akademi Memandu PS Samy di sini pada Khamis.

PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (PH), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian PRK KKB. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!