Imigresen, KPDN serbu lokasi PATI meniaga

Iklan
Pegawai Imigresen sedang memeriksa warga asing dalam Ops Belanja yang dilaksanakan di sekitar Bandaraya Ipoh pada Khamis.

IPOH - Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyerbu dua premis perniagaan di Bandaraya Ipoh dekat sini menerusi Ops Belanja pada Khamis.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, operasi yang bermula jam 9.42 pagi itu disertai sepasukan anggota Imigresen dan 10 anggota KPDN.

Iklan
Iklan

Menurutnya, serbuan dilakukan berdasarkan aduan dan hasil pemantauan serta risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi Imigresen bersama KPDN.

"Warga asing tersebut ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut proses undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan
Imigresen bersama KPDN Perak menjalankan Ops Belanja di dua premis di sekitar Bandaraya Ipoh pada Khamis.

Beliau berkata, warga asing yang ditahan itu merupakan pekerja di salah sebuah premis yang diserbu dalam operasi berkenaan.

Dalam pada itu Meor Hezbullah berharap masyarakat dapat membuat laporan atau aduan bagi membantu Imigresen membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam negara.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk melaksanakan pendakwaan di mahkamah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!