MAIS lantik PPI luas peranan agensi urus wasiat, hibah

Iklan
Abdul Aziz (tiga dari kanan) bersama lima PPI yang dipilih menerima anugerah pada Khamis.

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melantik Perancang Pewarisan Islam (PPI) bagi melancarkan dan meluaskan lagi peranan agensi itu dalam membantu masyarakat berkaitan pengurusan harta terutamanya wasiat dan hibah.

MAIS dalam kenyataan memaklumkan, PPI yang dilantik bertujuan membantu MAIS terutamanya dalam proses pendaftaran perkhidmatan wasiat dan hibah yang disediakan.

Iklan
Iklan

"Sehingga bulan April 2024, MAIS telah bekerjasama dengan 70 PPI berdaftar dan aktif dalam mempromosikan perkhidmatan Wasiat dan Hibah," kata kenyataan itu pada Khamis.

MAIS turut menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai sebagai PPI melalui https://siswa.mais.gov.my/register/agent.

Iklan

"Ini bagi membantu MAIS menyebarluaskan lagi perkhidmatan ini serta mengambil peluang meningkatkan pengetahuan berkaitan pengurusan harta serta menambah pendapatan melaluinya," kata kenyataan itu.

50 anak yatim yang berdaftar di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) turut diraikan dan menerima sumbangan yang disampaikan Abdul Aziz (dua dari kiri) pada Khamis

Dalam pada itu, bagi menghargai komitmen dan pencapaian PPI bagi tahun 2023, MAIS turut menyampaikan anugerah kepada lima PPI dipilih berdasarkan pendaftaran pelanggan tertinggi dalam perkhidmatan wasiat dan hibah.

Iklan

Penghargaan disampaikan Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Bersama Rakan Strategik MAIS Tahun 2024 di sini pada Khamis.

Kira-kira 400 tetamu menghadiri Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Bersama Rakan Strategik anjuran MAIS.

Turut diraikan, 50 orang anak yatim yang berdaftar di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM2,500 bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri anak-anak ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!