JSJK dedah pengetahuan jenayah komersial di DSA, NATSEC Asia 2024

Iklan
NorFaliza menunjukkan portal Semakmula yang menjadi antara perhatian pengunjung di reruai JSJK pada DSA dan NATSEC Asia 2024 di MITEC Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Khidmat dan pendedahan dengan cara membuat semakan di portal 'Semakmule' mendapat perhatian pengunjung pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di sini.

Pameran yang berlangsung selama empat hari sehingga Khamis di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur turut menempatkan reruai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

Portal Semakmule merupakan kemudahan yang telah dibangunkan oleh JSJK bertujuan membolehkan masyarakat membuat semakan nombor akaun bank individu dan syarikat yang telah dilaporkan terlibat dengan aktiviti penipuan.

Pengunjung reruai JSJK di DSA dan NATSEC Asia 2024 juga diberi input menerusi buku berkaitan isu jenayah komersial terkini.

Portal Semakmule juga boleh dimuat turun menerusi telefon pintar.

Iklan

Untuk info, sehingga kini, portal ini telah menyenaraikan sejumlah 199,552 akaun bank yang digunakan sebagai keldai akaun (mule account).

Selain itu, pegawai bertugas turut berkongsi panduan dan tip bagi memastikan laman web selamat.

Iklan

Antaranya pastikan URL bermula dengan https dan ada ikon mangga (kunci), bukan http; laman web ada sijil keselamatan; tiada kesalahan ejaan selain perlu berhati-hati dengan laman web yang banyak iklan meragukan serta usah layari laman yang mempunyai tanda perisian hasad (malware) seperti tanda seru.

Pegawai Penyiasat Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Inspektor NorFaliza Abu Halipah berkata, beliau yang mewakili JSJK Bukit Aman sangat berbesar hati dengan penglibatan dalam pameran itu.

"Ini kerana secara tidak langsung dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pengunjung yang hadir selama empat hari di sini.

"Rata-rata pengunjung sangat tertarik dengan perkhidmatan yang ditawarkan melalui sistem Semakmule.

"Pendedahan tentang trend terkini jenayah komersial iaitu jenayah tipu dalam talian membuatkan ramai yang mula membuka mata tentang bahaya jenayah ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di reruai JSJK di sini pada Khamis.

Minggu lalu, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mendedahkan masih ramai masyarakat yang tidak tahu mengenai portal Semakmule.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!