Pisahkan Majlis Media Malaysia daripada kerajaan - CSO

Iklan
CSO

SHAH ALAM - Lebih 60 gabungan organisasi masyarakat sivil (CSO) menuntut agar Majlis Media Malaysia (MMM) dipisahkan daripada kerajaan bagi menjamin hak kebebasan media di negara ini.

Jawatankuasa Pemandu CSO mendakwa, sekatan dikenakan terhadap laman berita yang melaporkan kritikan terhadap pihak kerajaan secara signifikan menyumbang kepada penurunan kedudukan ke-107 Malaysia dalam laporan Indeks Kebebasan Media Dunia.

Iklan
Iklan

Justeru menurutnya, kerajaan perlu memansuhkan atau meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk menuju ke arah sebuah negara demokrasi yang matang dan memastikan piawaian kebebasan media dikekalkan.

"CSO Platform for Reform menggesa Kerajaan Madani untuk meletakkan Majlis Media sebagai badan bebas dalam undang-undang dan dalam amalan daripada pengaruh negeri, komersial dan lain-lain bagi memastikan pihak wartawan dan saluran media untuk beroperasi tanpa rasa ketakutan akan melalui proses penapisan atau mendapat tindak balas daripada pihak kerajaan atau korporat.

Iklan

"Menerusi kepercayaan ini, ia penting untuk mewujudkan demokrasi yang sihat di mana rakyat akan bergantung kepada media dalam mendapatkan maklumat yang tepat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 disiarkan RSF baru-baru ini menunjukkan kedudukan Malaysia jatuh 34 anak tangga berbanding di kedudukan 73 pada tahun lepas, dengan memperoleh skor 52.07 mata.

Iklan

Sehubungan itu, kerajaan dilapor akan meneliti cadangan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai langkah-langkah bersesuaian bagi memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia.

Dalam pada itu, CSO berkata, pihak kerajaan tidak sepatutnya berpuas hati dengan kedudukan indeks kebebasan media pada tahun ini.

Katanya,sekatan yang dikenakan terhadap laman berita boleh menimbulkan keraguan terhadap keyakinan bahawa Malaysia sepatutnya menjamin hak kebebasan media menerusi amalan Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menunjukkan sebuah negara demokrasi yang sihat.

"Untuk mengatakan bahawa kedudukan Malaysia tahun ini jauh lebih tinggi berbanding tahun2022 dan 2021 adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab,"katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!