'Jangan sesekali guna agama sebagai alat politik' - Tunku Mahkota Ismail
Iklan
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke Persidangan Ketiga DUN Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Khamis.
ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik agar tidak menggunakan agama sebagai alat politik.
Baginda bertitah, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini perlu menjaga imej kerana mempunyai tanggungjawab memelihara kredibiliti institusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Iklan
Iklan
"Saya tidak mahu ada seorang pun ahli politik di Johor yang sewenang-wenangnya menyebabkan sentimen perpecahan rakyat.
"Politik harus menjadi alat untuk menyatukan semua pihak bukan memecahbelahkan bangsa Johor. Jangan sesekali gunakan agama sebagai alat politik," titah baginda.
Iklan
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan Persidangan Ketiga DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail turut memuji ADUN Johor yang semakin matang dan profesional.
Iklan
"Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli DUN Johor kerana kini lebih matang dan lebih profesional dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, seterusnya tidak merencatkan ekonomi negeri ini walaupun mempunyai ideologi dan fahaman politik yang berbeza-beza.
"Saya ingin mengingatkan setiap pemimpin Johor untuk sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap tindakan dan keputusan. Tanggungjawab anda untuk memastikan semua program dan projek yang dijalankan mempunyai impak positif kepada kesejahteraan bangsa Johor," titah baginda.
Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail menggesa supaya semua pihak tidak mengambil mudah isu sensitiviti agama demi menjaga keharmonian di negeri ini.
"Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan bagi membendung perkara yang mengganggu keharmonian di kalangan masyarakat dari berulang di masa hadapan.
"Ini adalah peringatan pertama dan saya harap yang terakhir. Jangan diulang perbuatan sama yang hanya akan meruntuhkan keharmonian bermasyarakat di Johor," titah baginda.
Sebelum ini, media melaporkan beberapa isu berhubung isu sensitif berkaitan kalimah ALLAH tertera di stoking yang didakwa dijual di sebuah rangkaian kedai serbaneka sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.
Selain itu, berlaku juga kes kasut tinggi wanita jenama tempatan didakwa mempunyai logo menyerupai kalimah ALLAH di bahagian tapak kasut, selain isu alas kaki yang didakwa mempunyai gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya besar di negeri sehingga menimbulkan polemik.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.