[VIDEO] Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain

Iklan

KUALA LUMPUR - Tun Dr Daim Zainuddin memohon kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain.

Ketika sebutan kes di hadapan Hakim, Azura Alwi, Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How berkata, susulan permohonan bekas Menteri Kewangan tersebut, pendakwaan akan memfailkan afidavit hujahan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menyediakan afidavit tersebut.

"Kami harap permohonan tersebut didengar terlebih dahulu,” katanya yang kemudiannya tidak dibantah oleh peguam, M Puravalen yang mewakili veteran UMNO itu.

Iklan
Tun Daim

Azura kemudian mengarahkan kedua-dua pihak mengemukakan afidavit dan hujahan sebelum 4 Julai depan.

Pada prosiding sama, pendakwaan memohon supaya pendengaran permohonan Daim dan isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid untuk merujuk isu perlembagaan kes terbabit di Mahkamah Tinggi didengar bersama.

Iklan

Bagaimanapun, Azura memutuskan supaya permohonan Daim untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen lain didengar terlebih dahulu pada 4 Julai dan menetapkan tarikh sama untuk pengurusan kes pasangan itu.

Pada 7 Mei lalu, Daim memfailkan permohonan itu atas alasan antaranya terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan dan prejudis terhadapnya.

Na'imah hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, dengan memakai baju kurung berwarna hijau, namun mahkamah membenarkan kehadiran Daim dikecualikan.

Ini kerana kes isterinya, Na'imah, iaitu tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009, didengar di hadapan Azura.

Pada prosiding ini, Na'imah hadir ke mahkamah dengan memakai baju kurung berwarna hijau, namun mahkamah membenarkan kehadiran Daim dikecualikan.

Pada 29 Januari lepas, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 70 harta dan satu akaun bank antaranya kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah, pada Disember tahun lalu.

Na'imah pula didakwa pada 23 Januari atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Pada 10 Januari lalu, Daim memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mengarahkan SPRM menghentikan penyiasatan terhadapnya, isteri serta empat anak termasuk Ilham Tower Sdn Bhd mengaitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Selain Daim, isterinya, Na’imah dan empat anak, Asnida, 63, Md Wira Dani, 46, Muhammed Amir Zainuddin, 29, Muhammed Amin Zainuddin, 26, serta lham Tower selaku pemohon pertama hingga ketujuh turut memfailkan permohonan sama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!