Penuntut IPT maut, motosikal langgar pacuan empat roda masuk simpang

Iklan
Seorang penuntut IPT maut selepas terlibat nahas dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Semambu, Kuantan pada tengah malam Rabu.

KUANTAN - Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini maut selepas motosikal ditunggang terbabit nahas dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Semambu di sini pada tengah malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa, Muhammad Sufi Saharuddin, 22, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara berusia 44 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati, Nissan Navara dipandu jurujual penyaman udara itu dalam perjalanan dari sebuah pusat servis kenderaan berhampiran menghala ke Jalan Haji Ahmad di sini.

Iklan

"Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandunya membelok masuk ke simpang kanan.

Keadaan motosikal mangsa yang maut dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Semambu, Kuantan pada tengah malam Rabu.

"Mangsa yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu terlanggar kenderaan tersebut," katanya.

Iklan

Wan Mohd Zahari berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!