Siapa mahu bela nasib penerima vaksin AstraZeneca?

Iklan
Pihak berwajib tidak wajar berdiam diri kerana ramai yang mengharapkan penjelasan selepas AstraZeneca mengakui vaksin keluarannya boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya. Gambar hiasan

KETIKA wabak Covid-19 melanda dunia pada Mac 2020, rakyat Malaysia digalakkan mengambil vaksin walaupun dikatakan belum sah tahap keberkesanan dan keselamatannya.

Antara jenis vaksin ditawarkan ketika itu seperti AstraZeneca, Pfizer, Sinovac dan lain-lain lagi yang diberi secara rawak buat rakyat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun pada Rabu, syarikat farmaseutikal gergasi vaksin Covid-19, AstraZeneca mengumumkan menarik balik vaksin keluarannya dalam pasaran dunia.

Ini selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.

Iklan

Bagaimanapun, syarikat berkenaan mengatakan vaksin berkenaan dikeluarkan daripada pasaran atas sebab komersial.

Vaksin itu juga tidak lagi dibenarkan untuk digunakan di Kesatuan Eropah (EU) memandangkan syarikat tersebut secara sukarela menarik balik 'kebenaran pemasarannya'.

Iklan

Permohonan pengeluaran telah dikemukakan pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada hari Selasa.

Perkembangan tersebut tentunya mengejutkan orang ramai khususnya individu yang sudah mengambil dos suntikan vaksin tersebut sebelum ini.

Nampaknya mudah bagi pengeluar mengeluarkan kenyataan menarik balik vaksin di seluruh dunia, namun kesannya sudah dirasai ribuan rakyat dunia.

Siapa yang perlu bertanggungjawab dalam hal ini sekiranya terdapat penerima vaksin tersebut yang benar-benar mendapat kesan sampingan yang membahayakan kesihatan mereka?

Dalam hal ini, pihak berwajib tidak wajar berdiam diri kerana ramai yang mengharapkan penjelasan mengenai perkara itu.

Sekurang-kurangnya mereka yang terkesan pastinya mahu tahu apakah bentuk jaminan bantuan yang boleh disediakan kepada mana-mana individu yang menerima kesan sampingan serius.

Justeru, selepas ini pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting bagi membuat keputusan terbaik untuk rakyat berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

Susulan itu juga, mungkin kini sudah masanya kita sebagai rakyat Malaysia lebih bertegas dalam isu kesihatan awam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!