Kertas siasatan kes pemerasan RM1.25 juta dirujuk ke AGC

Iklan
Mohd Shuhaily

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan lima pegawai polis berhubung kes pemerasan RM1.25 juta ke atas individu yang disiasat berhubung kes mata wang kripto akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC), pada Khamis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, maklumat lanjut kes akan diberikan selepas tamat tempoh reman.

Iklan
Iklan

"Kenyataan lanjut berkaitan kes ini akan diberikan sama ada oleh saya sendiri atau Ketua Polis Negara,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada Rabu.

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Iklan

Minggu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu lima pegawai dan anggota ditahan membabitkan pangkat asisten komisioner, deputi superintenden, inspektor dan sarjan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan