KUALA LUMPUR - Golongan muda berusia 30 tahun dan ke bawah mencatatkan sejumlah 65.9 juta transaksi skim Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) bernilai RM5.4 bilion pada separuh pertama 2026 yang merangkumi 37.9 peratus daripada jumlah penggunaan BNPL di Malaysia.
Dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan jumlah transaksi BNPL di Malaysia bagi tempoh itu ialah 173.9 juta yang bernilai RM14.7 bilion dengan golongan muda menyumbang 36.7 peratus daripada nilai keseluruhan transaksi.