JPNIN sedia tiga mekanisme pengurusan berkait isu perpaduan

Iklan
Aaron Ago Dagang

SHAH ALAM - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sediakan tiga mekanisme pengurusan isu perpaduan bagi mengesan dan memantau isu perpaduan di peringkat akar umbi iaitu sistem e-Sepakat, Dashboard Analitik Perpaduan serta Mediator Komuniti.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, walaupun Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tiada kuasa atau peruntukan khas seperti akta untuk mengambil tindakan-tindakan dari segi perundangan tetapi JPNIN berperanan penting dalam membantu mengurus isu perpaduan.

Iklan
Iklan

"Sistem e-Sepakat merupakan mekanisme pengesanan, pemantauan dan pelaporan isu perpaduan secara digital serta pusat pengumpulan data utama (big data) bagi pengurusan isu perpaduan di bawah kementerian.

"Ia mempunyai tiga komponen utama yang merekodkan maklumat yang dikenali sebagai 'I-kes' berfungsi untuk merekodkan isu-isu perpaduan yang telah berlaku.

Iklan

"Kedua ialah 'I-ramal' berperanan untuk merekodkan isu atau berita yang dijangka akan berlaku dan yang ketiga 'I-Mediator' yang menguruskan pangkalan data maklumat Mediator Komuniti termasuk urusan pelantikan dan pelaporan kes mediasi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menggesa pewujudan dua talian 24 jam tambahan di Malaysia.

Iklan

Ujarnya, yang pertama bagi mengendalikan aduan mengenai penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam, kumpulan etnik, bahasa, budaya, gaya hidup atau identiti manakala satu lagi untuk orang ramai melaporkan hasutan dan keganasan.

Dalam pada itu, Aaron memaklumkan, KPN melalui JPNIN akan menyediakan laporan isu perpaduan secara berkala iaitu mingguan, bulanan dan tahunan serta turut dikongsi bersama rakan strategik kementerian seperti PDRM, MKN termasuk SKMM yang bakal dibentang di kabinet melalui Nota Jemaah Menteri secara suku tahun.

"Seterusnya pengenalan kepada Dashboard Analitik Perpaduan pula menyokong kepada sistem e-Sepakat dalam meningkatkan lagi kecekapan gerak kerja pengurusan isu keharmonian masyarakat melalui pemetaan (mapping) kawasan berisiko tinggi (high-risk) dan panas (hot-spot) yang mampu mengganggu gugat keharmonian antara kaum dan agama.

"Pada masa yang sama juga, ia membantu menambahbaik pemantauan tahap dan iklim perhubungan antara kaum dan bertindak sebagai sistem amaran awal (early warning system) terhadap sesuatu isu atau konflik yang dilaporkan dalam Sistem e-Sepakat melalui analisis jangkaan (predictive analysis)," ujarnya.

Mengulas lanjut Aaron Ago berkata, pemimpin Rukun Tetangga (RT), Pegawai Perpaduan dan badan bukan kerajaan (NGO) Agama yang menjadi pendamai masyarakat dikenali sebagai Mediator Komuniti untuk membendung serta mengurus isu perpaduan atau konflik sosial di peringkat komuniti.

Menurutnya, kementerian mempunyai seramai 562 orang Mediator Komuniti bertauliah dan terlatih yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat secara percuma.

"Perkhidmatan Mediasi menjadi pilihan kepada pihak yang bertelagah kerana pertikaian dapat diselesaikan tanpa melibatkan perundangan (mahkamah atau peguam), lebih mudah, cepat, jimat dan dilaksanakan dalam suasana lebih harmoni.

"Skop perkhidmatan mereka ini tertakluk kepada isu yang menyebabkan ketegangan antara kejiranan perumahan bandar, kampung mahupun di kawasan strata dengan mengambil kira semua platform pengurusan perpaduan sedia ada, Kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu.

"Oleh itu, saya berharap agar rakyat dapat memanfaatkan kesemua platform ini bagi memastikan keharmonian antara rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya terpelihara," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!