Kes Covid-19 meningkat meningkat 14.8 peratus - KKM

Iklan
KKM memaklumkan sehingga kini, varian yang sedang menular di Malaysia masih lagi varian Omicron dan subvariannya. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Jumlah kes Covid-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam satu kenyataan pada Ahad, KKM memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan sejak 25 April 2024 sehingga kini.

Iklan
Iklan

Menurut KKM, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan pada ME 20/2024 berbanding ME 19/2024 iaitu pengisian katil bukan kritikal, meningkat sedikit tetapi tidak membebankan kapasiti hospital iaitu daripada 0.08 peratus kepada 0.10 peratus, manakala pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) menurun daripada 0.17 peratus kepada 0.04 peratus.

"KKM sentiasa memantau situasi Covid-19 di Malaysia dan di peringkat global. Susulan kejadian gelombang terbaru di Singapura iaitu peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 pada minggu bertarikh 5 Mei hingga 11 Mei 2024 berbanding minggu sebelumnya, KKM telah meningkatkan langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes di Malaysia,” menurut KKM.

Iklan

KKM memaklumkan sehingga kini, varian yang sedang menular di Malaysia masih lagi varian Omicron dan subvariannya.

Kementerian itu memaklumkan terdapat satu kes K.P.2.1 dan satu kes KP.1.1 telah dilaporkan sejak Mac 2024, dengan kedua-dua varian itu adalah sebahagian daripada keluarga Omicron.

Iklan

"Secara khususnya, mereka adalah sublineage daripada JN.1.11.1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan KP.2 sebagai Varian Dalam Pemantauan (VUM) pada 3 Mei 2024.

"Namun, kemasukan varian ini tidak menyebabkan jangkitan yang teruk kepada individu yang dijangkiti,” menurut KKM. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!