Trend pakaian pengantin wanita Islam mencolok mata bercanggah agama - Mufti

Iklan
Wan Salim

GEORGE TOWN - Trend memakai pakaian mencolok mata oleh pengantin perempuan yang beragama Islam adalah bercanggah dengan garis panduan berpakaian di dalam Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia merupakan satu budaya jahiliah dan mungkar yang wajar ditinggalkan.

Iklan
Iklan

"Seperti yang diketahui oleh majoriti masyarakat Islam bahawa hukum menutup aurat adalah wajib di dalam Islam. Aurat lelaki Muslim (wajib ditutup) ketika berada di hadapan khalayak ialah di antara pusat dan lutut.

"Sementara bagi wanita Islam pula diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan ketika kehadiran lelaki ajnabi atau bukan mahram," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Wan Salim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai trend wanita Muslimah yang berpakaian mencolok mata dan tidak menutup aurat ketika majlis akad nikah.

Antara yang berpakaian seksi ketika majlis akad nikah ialah seorang pelakon wanita popular yang baharu sahaja melangsungkan majlis akad nikahnya.

Iklan

Pakaian artis wanita itu yang mendapat sentuhan daripada pereka fesyen antarabangsa menerima kecaman daripada warganet yang menyifatkan pakaian itu terlalu seksi dan tidak sesuai digayakan ketika majlis akad nikah.

Dalam pada itu, Wan Salim menambah, bagi wanita beragama Islam, mereka hanya diwajibkan menutup di antara pusat dan lututnya sahaja sekiranya berada dalam kalangan sesama wanita.

"Bagaimanapun, pakaian itu disyaratkan tidak nipis sehingga menampakkan kulit dan tidak pula terlalu ketat.

"Pada prinsipnya, wanita Islam diharuskan memakai apa juga fesyen pakaian termasuk ketika menghadiri majlis akad nikah dengan syarat-syarat seperti dinyatakan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!