Polis siasat kaitan kes FAM, serangan pemain

Iklan
Mohd Shuhaily (kiri) dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat kes serangan membabitkan tiga pemain bola sepak negara sekiranya berkait dengan isu tohmahan yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya sedang meneliti kes terbabit.

Iklan
Iklan

"Kita lihat keseluruhan adakah tohmahan kepada FAM sebulan lalu yang mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah nyatakan bahawa tohmahan tidak berasas.

"Adakah disebabkan kenyataan itu membawa kepada tindakan sebegini? Ketidakpuasan hati kepada FAM diluahkan kepada pemain kebangsaan? Kita libatkan semua sudut dan aspek siasatan," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, tiga kes yang melibatkan serangan kepada Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.

Katanya, apa yang dilihat dimensi serangan telah rentas kontinjen dan menyelaraskan siasatan oleh Bukit Aman.

Iklan

"Bagi kes kedua (Faisal), kita sedang tunggu beberapa laporan khususnya laporan kimia berkaitan asid yang digunakan suspek.

"Saya juga menunggu laporan daripada pegawai saya bagaimana daripada kecederaan tahap dua merebak ke tahap empat," ujarnya.

Tambah beliau, motif kejadian masih dalam siasatan kerana berdasarkan kes pertama, serangan mengakibatkan kerugian, kes kedua melibatkan kecederaan, manakala kes ketiga akibatkan kerugian kerana kerosakan kenderaan.

"Sebab itu kes dibawa ke Bukit Aman," katanya.

Kata beliau, bagi ketiga-tiga kes setakat ini seramai 15 orang telah dirakam keterangan.

"Untuk kes kedua, seramai 10 orang telah direkod keterangan termasuk ahli keluarga dan saksi berhampiran," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan laporan polis dibuat pihak Pengurusan Selangor FC dan siasatan dijalankan oleh USJT JSJ Bukit Aman.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!