Badan Peguam Malaysia gesa pinda Perkara 8(2), 12(1) beri perlindungan OKU

Iklan
Tangkap layar kenyataan media daripada Badan Peguam Malaysia pada Rabu.

SHAH ALAM - Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan meminda segera Perkara 8(2) dan 12(1) Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan ia memberi perlindungan hak yang eksplisit kepada orang kurang upaya (OKU).

Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, kegagalan mendukung undang-undang dan perlindungan sosial OKU di Malaysia adalah tidak konsisten dengan kewajipan antarabangsa yang terikat di bawah Hak Orang Kurang Upaya (CRPD).

Iklan
Iklan

Menurutnya, Perlembagaan Persekutuan sedia ada meminggirkan golongan OKU dan melemahkan maruah serta kesaksamaan rakyat Malaysia yang kurang upaya.

"OKU terus berdepan dengan undang-undang yang terangkum sifat, polisi dan amalan yang berdiskriminasi.

Iklan

"Mereka dipinggirkan dalam bidang pendidikan, pekerjaan, kesihatan, akses kepada barangan dan perkhidmatan termasuklah kewangan, perumahan, kenderaan awam, kebolehcapaian dan komunikasi digital serta sukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad Ezri menjelaskan bahawa cadangan pindaan adalah untuk memasukkan perkataan ‘ketidakupayaan’ ke dalam Perkara 8(2) iaitu kesamarataan dan Perkara 12(1) ialah hak berkenaan dengan pendidikan.

Iklan

Menurutnya, cadangan untuk meminda dua perkara tersebut bagi membuka jalan mengharmonikan undang-undang domestik CRPD yang sudah lama terlewat.

Sementara itu, Mohamad Ezri turut memaklumkan Majlis Peguam menubuhkan Jawatankuasa Ad Hoc Orang Kurang Upaya sekali gus melantik Meera Samanther dan Anit Kaur Randhawa sebagai pengerusi bersama.

Katanya, berdasarkan anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 2022, OKU membentuk 16 peratus daripada populasi penduduk dunia.

"Setakat 29 Februari 2024, 2.1 peratus daripada penduduk Malaysia adalah pemegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Malaysia telah menjadi negara menua dengan 11.3 peratus daripada jumlah penduduknya berumur 60 tahun ke atas dan akan menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan OKU dalam masa terdekat ini,” ujarnya.

Perkara 8(2) iaitu kesamarataan adalah kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir, ketidakupayaan atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa perdagangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Perkara 12(1) hak berkenaan dengan pendidikan iaitu tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, ketidakupayaan atau tempat lahir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!