Jet pejuang F-16 terhempas, juruterbang diberi rawatan

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

SINGAPURA - Sebuah jet pejuang F-16 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) terhempas di Pangkalan Udara Tengah selepas ia mengalami masalah semasa berlepas pada 12.35 tengah hari, Rabu.

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa juruterbang bertindak mengikut prosedur kecemasan, berjaya keluar dari pesawat tersebut dan sedang menerima rawatan perubatan.

Iklan
Iklan

"Juruterbang itu dalam keadaan sedar dan mampu berjalan. Beliau sedang menerima rawatan perubatan dan tiada anggota lain yang tercedera," kata Mindef.

Kementerian itu menambah bahawa RSAF sedang menjalankan siasatan.

Iklan

"Kementerian Pertahanan dan RSAF akan memberikan perkembangan terkini mengenai kejadian itu secepat mungkin," tambahnya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan