Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 44 tahun itu selepas dia mengaku bersalah atas semua lima pertuduhan.

Iklan
Iklan

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi satu pertuduhan merogol manakala masing-masing penjara lapan tahun bagi tiga lagi pertuduhan merogol berserta sebatan berjumlah 40 kali dan penjara dua tahun dengan dua tahun pengawasan polis bagi kesalahan amang seksual.

Hakim itu memerintahkan semua hukuman penjara berjalan berasingan dan menetapkan tertuduh dikenakan sebatan maksimum 24 kali untuk keseluruhan pertuduhan mengikut Kanun Prosedur Jenayah.

Iklan

Beliau berkata hukuman itu adalah selepas mengambil kira kejadian berlaku banyak kali, hubungan tertuduh dengan mangsa dan pengakuan bersalah tertuduh yang menjimatkan masa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun sebanyak empat kali iaitu pada Januari, Februari, Mac dan Mei 2023 antara pukul 8 hingga 9 malam di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah kedai makan dan di sebuah rumah di Losong, di sini.

Iklan

Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Dia juga dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya itu di rumah sama pada 10 malam, Disember tahun lepas mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin memohon tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai memandangkan kesalahan itu adalah serius selain kesalahan seksual kini semakin berleluasa.

"Pohon mahkamah untuk mengambil kira dalam kes ini tertuduh adalah bapa saudara mangsa yang mana sebagai orang dewasa sepatutnya memberi perlindungan kepada mangsa," katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata dia telah menyesal atas kesalahan dilakukannya dan memohon hukuman ringan kerana ingin berbakti kepada ibunya yang sudah tua. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!