Boleh mohon pas sempadan di Kompleks Imigresen Kelantan

Iklan
Nik Akhtar Ulhaq (berdiri, kiri) beramah mesra dengan tetamu semasa Rumah Terbuka Aidilfitri JIM Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Penduduk Kelantan kini boleh menarik nafas lega apabila permohonan pas sempadan boleh dibuat di Kompleks Imigresen Kelantan di sini.

Timbalan Pengarah Pengurusan JIM Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, ia dapat mengurangkan kesesakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu termasuk pejabat agensi itu di pintu sempadan Malaysia-Thailand.

Nik Akhtar Ulhaq (tengah) meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri JIM Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya kami sudah beroperasi di sini sejak 17 Mac lalu.

"Operasi di sini melibatkan hari bekerja sahaja bermula 8 pagi hingga 4 petang kecuali Khamis separuh hari serta tutup pada Jumaat dan Sabtu," katanya ketika ditemui pemberita semasa Rumah Terbuka Aidilfitri JIM Kelantan di sini, pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, setiap bulan JIM Kelantan mengeluarkan 15,000 pas sempadan kepada penduduk di negeri ini.

Penduduk Kelantan kini boleh menarik nafas lega apabila permohonan pas sempadan boleh dilakukan di Kompleks Imigresen Kelantan di Kota Bharu.

Ujarnya, JIM Kelantan memberi jaminan bekalan buku untuk pas sempadan mencukupi dan mampu menampung permintaan pengguna.

Iklan

Nik Akhtar Ulhaq memberitahu, berpandukan statistik, permintaan terhadap pas sempadan meningkat pada musim cuti umum serta perayaan.

Beliau berkata, selain itu urusan permohonan pasport di premis itu sedang diusahakan oleh pihaknya untuk memudahkan orang ramai.

"Ia juga antara usaha untuk mengurangkan kesesakan di UTC," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!