Kesan lecur dibersihkan, Faisal selamat jalani pembedahan kedua

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Najwan Halimi

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kesan kelecuran dialami pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim kini dapat dibersihkan selepas pemain bola sepak itu selamat menjalani pembedahan kedua pada Selasa.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi memberitahu, beliau turut dimaklumkan keadaan Faisal juga semakin stabil.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, sebentar tadi saya berhubung dengan pihak Selangor FC dan dimaklumkan Faisal telah selamat jalani pembedahan kedua dan berada dalam keadaan stabil.

"Ada progres positif di mana kawasan lecur Faisal dapat dibersihkan dengan sangat baik dan Insya-ALLAH akan dapat membantu pertumbuhan sel-sel baharu di kawasan lecur tersebut.

Iklan

Pada Selasa, Najwan yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Kota Anggerik bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi turut meluangkan masa selama setengah jam melawat Faisal di hospital.

"Semalam Faisal masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor maklumkan (semalam) bahawa Faisal akan jalani pembedahan kedua (hari ini)," ujarnya lagi.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!