Nasib Ten Hag selepas final Piala FA

Iklan
Erik ten Hag - Foto: AFP

MANCHESTER United tidak akan memecat Erik ten Hag sebelum perlawanan akhir Piala FA bulan ini walaupun kekalahan memalukan kepada Crystal Palace baru-baru ini meningkatkan tekanan ke atas pengendali itu.

Kekalahan 0-4 menyebabkan United bergelut untuk layak ke saingan Eropah musim depan dan menyebabkan bekas pemain termasuk Michael Owen dan Paul Scholes menggesa dia dipecat serta-merta.

Iklan
Iklan

Namun, difahamkan tidak ada rancangan untuk memecat Ten Hag sebelum United menentang Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA di Wembley pada 25 Mei ini.

Media antarabangsa melaporkan, United percaya bahawa keputusan menyingkirkan Ten Hag dengan baki empat perlawanan musim ini tiga Liga Perdana dan final Piala FA sebagai kurang sesuai.

Iklan

Walaupun ia memberikan sinar kepada Ten Hag untuk dia terus mengendalikan pasukan untuk musim ketiga, namun keputusan muktamad akan dibuat selepas perlawanan itu.

Ini bermakna Ten Hag akan berada dalam pasukan untuk menerima kunjungan Arsenal Ahad ini, kemudian bertemu Newcastle United dan perlawanan terakhir menentang Brighton.

Iklan

United sedang bersaing dengan Newcastle dan Chelsea untuk layak ke Liga Europa atau Liga Persidangan Europa.

Mereka juga boleh mara ke Liga Europa jika menewaskan City dalam perlawanan akhir Piala FA.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!