Insiden bom: Rakyat Malaysia di Narathiwat perlu waspada

Iklan
Kementerian Luar (Wisma Putra) sebelum ini mengesahkan dua rakyat Malaysia dilaporkan tercedera akibat insiden tersebut.

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang berada di kawasan insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai, Wilayah Narathiwat, Thailand dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, mereka juga perlu mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan sama, Kementerian Luar (Wisma Putra) turut mengesahkan dua rakyat Malaysia dilaporkan tercedera akibat insiden tersebut.

"Satu insiden letupan berlaku di kawasan itu pada hari Isnin (6 Mei 2024), jam 9.35 malam waktu tempatan.

Iklan

"Kedua-dua mangsa telah mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra dan dibenarkan keluar dari hospital pada hari Selasa (7 Mei 2024)," jelasnya pada Isnin.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian (6674) 316 274 (waktu pejabat) dan (6693) 6570707 (selepas waktu pejabat) atau email kepada mwsongkhla@kln.gov.m

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!