Seorang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail

Iklan
Antara kereta terjejas terus dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Seorang maut sementara seorang lagi cedera dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada Selasa.

Pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.19 petang.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Operasi JBPM Kuala Lumpur, M Fatta M Amin berkata, insiden turut menyebabkan sebanyak 17 kenderaan dan landasan monorel terjejas.

Menurutnya, seramai dua mangsa yang terperangkap dalam insiden berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat.

Operasi menyelamat di lokasi kejadian. Foto: JBPM KL

Iklan

"Mangsa pertama seorang lelaki berumur 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sementara mangsa kedua, lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan telah diserahkan pasukan perubatan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, fasiliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan turut mengalami kerosakan susulan kejadian tersebut.

Tambahnya, seramai 27 anggota dikejarkan ke lokasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, Titiwangsa, Jalan Tun Razak dan Sentul.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!