Keputusan permohonan bekas Presiden UMANY batal pertuduhan 31 Mei

Iklan
Laporan Sinar Harian

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini pada Selasa menetapkan 31 Mei ini untuk keputusan permohonan bekas presiden Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) bagi membatalkan pertuduhan mengingkari arahan seorang pegawai polis ketika polis membuat serbuan di sebuah rumah empat tahun lepas.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Chong Kar Yan yang mewakili Wong Yan Ke, 28, selaku pemohon.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri selaku responden tidak membuat sebarang hujahan lisan sebaliknya bergantung kepada hujahan bertulis yang difailkan sebelum ini.

Terdahulu, Chong berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah tidak berasas yang mana ia bukan kecacatan bersifat teknikal seperti masa, tempat kesalahan atau nama orang.

Iklan

Beliau turut berhujah bahawa pihak responden (pendakwaan) gagal mengemukakan apa-apa hujahan yang menyangkal mahupun membalas hujahan pemohon.

Pada 13 November 2020, Wong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh ASP Lee Robert supaya berhenti membuat rakaman video secara langsung ketika polis membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan 17/48, di sini, pada 7 November 2020.

Iklan

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sebulan atau denda maksimum RM400 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan ketika polis membuat serbuan di sebuah rumah di Petaling Jaya berhubung siasatan kes Akta Hasutan melibatkan Persatuan UMANY. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!