Penunggang motosikal maut kemalangan

Iklan
Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - Foto IPD Batu Pahat

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di hadapan Pos, Parit Raja kilometer (KM) 22.3 Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor pada awal pagi Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, pihaknya menerima makluman daripada pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), berhubung kemalangan berkenaan sekitar jam 3 pagi.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 12.55 pagi apabila motosikal yang dinaiki mangsa telah melanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun yang datang dari arah Parit Daun menghala ke Ayer Hitam.

"Ketika kereta hendak membelok ke kanan jalan, tiba-tiba ia dilanggar oleh dua buah motosikal yang dinaiki oleh mangsa berusia 19 tahun dan satu lagi motosikal dinaiki rakannya yang berusia18 tahun.

Iklan

"Akibat perlanggaran tersebut mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar ke HSNI Batu Pahat untuk mendapat rawatan lanjut; bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya.

Rakan mangsa pula dikhabarkan mengalami kecederaan luka-lika di tangan kiri sementara pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalam (APJ) 1987 oleh pegawai penyiasat trafik Inspektor Salmiah Mohamed kerana melibatkan kematian.

Oleh itu, mana-mana saksi yang melihat kejadian tersebut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat trafik di talian 07-9437707 bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!