Aksi Sumbangsih JDT, Selangor Jumaat ini kekal

Iklan
Stuart. Foto Bernama

AKSI Sumbangsih musim 2024/25 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor akan kekal berlangsung Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam berkata, saingan pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 itu tidak akan ditunda gara-gara insiden malang yang menimpa pemain sayap sensasi Selangor, Faisal Halim atau lebih dikenali sebagai 'Mickey' Ahad.

Iklan
Iklan

"Setakat ini perlawanan akan (kekal) berlangsung pada Jumaat. MFL juga tidak menerima permintaan daripada pasukan untuk menunda perlawanan ini. Jika ada sebarang perkembangan terbaharu MFL akan maklumkan," katanya.

Sebelum ini tercetus khabar angin perlawanan sumbangsih Jumaat ini akan ditunda selepas insiden Faisal disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Iklan

Faisal disahkan mengalami kelecuran tahap empat, selain pergerakan dan percakapannya ketika ini turut terbatas berikutan insiden itu.

Ia merupakan insiden malang kedua menimpa pemain skuad Harimau Malaya selepas Akhyar Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.

Iklan

JDT mengintai untuk mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ketujuh berturut-turut sementara kali terakhir Selangor yang muncul naib juara Liga Super musim lepas, menjuarai perlawanan Sumbangsih adalah pada musim 2010.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!