Sindiket seludup diesel subsidi rentas negeri tumpas

Iklan
Tiga skid tank yang dijadikan tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi dalam stor tersebut.

MELAKA - Kegiatan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang beroperasi di sebuah stor di hujung jalan berjaya dibongkarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka.

Stor yang dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di luar dan dalam bangunan itu telah dijadikan lokasi transit bagi pengedaran diesel bersubsidi rentas negeri pertama di negeri ini sejak setahun lalu.

Iklan
Iklan

Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, berdasarkan maklumat dan risikan yang dilakukan telah menyerbu stor tersebut dan menyita sebuah lori tangki berwarna putih membawa muatan 27,000 diesel dianggarkan bernilai lebih RM75,000.

Norena (kanan) melihat lori tangki yang berisi diesel bersubsidi.

Menurutnya, ketika serbuan terdapat tiga individu dalam gudang itu termasuk dua warga Bangladesh yang bertindak sebagai penjaga stor dan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang merupakan pemandu lori tangki berkenaan.

Iklan

"Kita turut menyita tiga buah skid tank berisi 8,000 liter diesel menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM256,000 termasuk 35,000 liter diesel bernilai lebih RM75,000.

"Ketiga- tiga mereka telah ditahan dan hasil soal siasat awal lori tangki itu akan memulakan perjalanan untuk menyeludup keluar bahan bakar itu ke sebuah negeri di Pantai Timur," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu di Kawasan Perindustrian Krubong, di sini, pada malam Isnin.

Iklan

Jelas Norena, modus operandi (MO) sindiket itu dengan menggunakan lori 'bonded' atau tertutup untuk membeli diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak sekitar negeri ini sebelum memindahkannya ke dalam tangki skid di lokasi berkenaan.

Ujarnya, bahan bakar itu kemudian dipindahkan ke dalam lori tangki berkapasti besar sebelum bergerak ke sebuah negeri untuk dijual secara haram pada harga lebih tinggi.

"KPDN Melaka akan terus menggandakan usaha untuk memastikan Melaka bebas dan sifir ketirisan diesel bersubsidi.

"Ini juga selaras dengan hasrat Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd. Ali dan pemantauan dan risikan akan sentiasa dilakukan oleh pegawai penguat kuasa," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!