MAIWP sasar 5 hingga 8 peratus asnaf keluar dari kemiskinan

Iklan
Fuziah Salleh

KUANTAN - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan antara lima hingga lapan peratus penerima zakat keluar daripada garis kemiskinan tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh berkata, pada tahun lalu, pihaknya berjaya mengeluarkan seramai 616 orang daripada 22,000 asnaf.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejayaan itu merupakan hasil daripada pelbagai inisiatif dan bantuan diberikan kepada golongan terbabit.

"Bila kita sudah mula meletakkan penunjuk prestasi utama (KPI), kita tidak boleh letakkan sasaran terlalu tinggi untuk tahun ini. Kalau tahun lalu, kita hanya sasarkan dua ke empat peratus dan kita telah capai kira-kira 2.8 peratus, itu sudah cukup.

Iklan

"Jadi, untuk memastikan tahun ini sasaran kira tercapai, kita letakkan sasaran sekitar lima hingga lapan peratus," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas berakhirnya Majlis Penyampaian Amanat 2020 kepada Penjawat Awam di Pahang di Auditorium Darul Makmur, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuantan hari ini.

Lebih 800 penjawat awam dari 51 agensi dan jabatan kerajaan hadir pada majlis berkenaan.

Iklan

Mengulas lanjut Fuziah berkata, beliau yakin garis kemiskinan golongan asnaf dapat dikeluarkan melalui perancangan jitu daripada MAIWP.

"Kita sudah merangka lebih banyak program khas khusus untuk golongan asnaf seperti Asnaf-Preneur yang membimbing mereka untuk bergelar usahawan," katanya.