Pensyarah wanita disiasat sebar video aib bekas suami

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

AMPANG - Seorang pensyarah wanita ditahan polis dipercayai untuk siasatan berhubung penyebaran video tidak senonoh melibatkan bekas suaminya, pada Khamis.

Difahamkan, penahanan pensyarah berusia 40-an itu dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa berusia lingkungan 60-an bergelar Datuk di Balai Polis Ampang, 28 April lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa.

Tambahnya, pensyarah terbabit dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Iklan

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan