Doktor sedang kenal pasti jenis asid disimbah kepada Faisal

Iklan
Keadaan Faisal Halim dalam kejadian disimbah asid pada Ahad

DOKTOR ketika ini sedang mengenal pasti jenis asid yang disimbah kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim pada Ahad.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkongsi perkara itu dengan doktor mahu melihat sejauh mana kekuatan asid itu.

Iklan
Iklan

Malah, beliau berkata, kesan asid itu juga amat teruk dan beberapa pembedahan lagi akan dilalui Faisal dalam masa terdekat.

"Simbahan asid itu terkena sedikit di muka tetapi yang paling teruk di badan. Asid itu doktor nak tahu kesannya.

Iklan

"Doktor tengah tengok sebab tindak balas asid itu makin kuat. Nak tahu sejauh mana kekuatan asid ini sama ada makan dalam atau macam mana," katanya dalam temubual dengan Sukan Sinar di Wisma FAM Kelana Jaya pada Isnin.

Faisal disimbah asid ketika membawa keluarganya ke pusat membeli belah di Damansara sehingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap dua.

Iklan

Dia juga sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Shah Alam dan sudah menjalani pembedahan pertama pada Isnin.

Polis Diraja Malaysia juga mengesahkan sudah menahan seorang suspek pada Isnin bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!