Bekas Pengarah SRC nafi resolusi gugurkan kes

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, bahawa tiada resolusi antara syarikat berkenaan dengan syarikat pelaburan strategik negara itu.

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menafikan demikian ketika ditanya mengenai penyelesaian agar saman dikemukakan terhadapnya, bagi menuntut ganti rugi berjumlah AS$1.18 bilion digugurkan.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga pihak ketiga dalam kes saman SRC terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Faisal Ariff Kamil berkata demikian ketika prosiding di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

"Tidak tahu faktor kerajaan atau SRC tidak meneruskan tuntutan terhadap saya,” katanya semasa ditanya peguam Harvinderjit Singh yang mewakili bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Iklan

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan cadangan peguam ini bahawa, saman berkenaan mula difailkan pada Mei 2021, namun SRC menarik balik tuntutannya, ketika beliau memberi keterangan dalam perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib.

Untuk rekod, Shahrol Azral pada mulanya dinamakan sebagai defendan keempat tetapi dikeluarkan oleh SRC dan kemudian dinamakan sebagai pihak ketiga atas permohonan Najib.

Iklan

Bekas pengarah SRC lain yang turut dinamakan sebagai pihak ketiga ialah Datuk Suboh Md Yassin, Tan Sri Ismee Ismail, Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar dan Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin.

Dalam saman terbabit, selain Najib, SRC turut menamakan Nik Faisal Ariff sebagai defendan kedua.

SRC di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman itu pada Mei 2021, atas dakwaan Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.

Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib adalah bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.

Najib, 71, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!