Aktiviti 'river hiking' tiada kelulusan daripada agensi berkaitan - Polis

Iklan
Dzulbaharin ketika sidang akhbar di Lahad Datu pada Isnin.

LAHAD DATU - Polis daerah ini mendapati aktiviti 'river hiking' yang mengorbankan tiga nyawa dalam kejadian kepala air di Lembah Mak Sina, Sungai Makuou Tungku dekat sini pada Ahad tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kejadian melibatkan 15 individu terdiri daripada 11 peserta dan empat jurupandu yang telah melakukan aktiviti river hiking di kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

"Menurutnya, aktiviti tersebut mencabar dan memerlukan ketahanan fizikal serta mental iaitu peserta perlu berjalan dan berenang di dalam air selain sentiasa perlu memakai jaket keselamatan.

"Kesemua mereka terperangkap dalam banjir kepala air dan operasi menyelamat dimulakan oleh agensi yang terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

Iklan

Dzulbaharin berkata, sehingga kini pasukan bomba dan agensi penyelamat telah berjaya menyelamatkan sembilan warga tempatan dan tiga jurupandu terbabit.

"Tiga lagi individu telah meninggal dunia akibat lemas iaitu lelaki dan seorang wanita masing-masing warga tempatan serta seorang jurupandu warga asing yang mempunyai pasport.

Iklan

"Siasatan mendapati aktiviti itu tidak mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Hutan dan bomba selain tiada sebarang makluman kepada Balai Polis Tungku mengenainya," katanya.

Sehubungan itu, Dzulbaharin berkata, orang ramai yang ingin mengadakan aktiviti mencabar diminta mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan.

"Selain itu, orang ramai diminta untuk lebih berhati-hati dalam aktiviti air termasuk bahayanya kepala air.

"Ditambah pula kejadian ini adalah dalam kawasan hutan simpan Silabukan dan memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!