Bukan parti penyandang, calon PN ada kelebihan - Samsuri
Iklan
Samsuri ketika menyampaikan ceramah pada Majlis Ramah Mesra kaum India di Batang Kali malam Ahad.
HULU SELANGOR - Meskipun Perikatan Nasional (PN) bukan parti yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, namun Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yakin ia memberi kelebihan kepada gabungan itu.
Ini kerana Menteri Besar Terengganu itu berkata, mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) adalah lebih sukar berbanding merampas kedudukan tersebut.
Iklan
Iklan
"Saya percaya momentum yang ada pada hari ini hasil dapatan dari bilik gerakan dan pasukan kajian di lapangan, kalau kita boleh menyelesaikan isu rakyat serta peratusan (keluar) mengundi agak tinggi terutama pengundi Melayu, insya-ALLAH PN boleh menang," katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra bersama kaum India di Batang Kali, malam Ahad.
Sementara itu, mengulas mengenai pergerakan jentera Pas sepanjang kempen PRK kali ini, Samsuri menjelaskan, pengalaman parti menguruskan pengundi luar kawasan ketika pilihan raya di Kelantan dan Terengganu akan membantu gerak kerja pasukan berkenaan
Iklan
"Masalah pengundi luar, peratusan (di Kuala Kubu Baharu) tidak besar berbanding kami di Kelantan dan Terengganu.
"Kita ada pengalaman bagaimana berurusan dengan pengundi luar dan kemahiran itu akan digunakan untuk mengajak pengundi luar balik ke kawasan.
Iklan
"Kebanyakan kita dapati pengundi luar tidak jauh, di kawasan sekitar sahaja dan saya percaya mereka akan menunaikan tanggungjawab mereka," ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Pengundi pilih calon, logo atau ikut keluarga?"><meta itemprop="description" content="PRN Melaka: Pengundi pilih calon, logo atau ikut keluarga?
Memasuki hari kelapan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebahagian pengundi dilihat sudah mempunyai pilihan tersendiri mengenai calon yang bakal diberikan mandat pada 14 November ini.
Tinjauan Sinar Harian bagi mendapatkan pandangan pengundi mendapati, faktor prestasi dan kebolehan calon menyelesaikan masalah rakyat menjadi antara pertimbangan utama, selain kecenderungan terhadap parti serta pengaruh keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803656/berita/politik/prn-melaka-pengundi-pilih-calon-logo-atau-ikut-keluarga
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T07:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuipm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuipm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuipm2"></script>