[VIDEO] Status pindah kes bunuh Bella ke Mahkamah Tinggi ditentukan 20 Mei ini

Iklan

BATU PAHAT - Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menetapkan 20 Mei depan bagi mendapatkan status arahan lanjut dan juga izin berhubung kes seorang lelaki yang didakwa membunuh Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Suhaila Shafi'uddin menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih belum mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwaan Negeri Johor susulan terdapat perkembangan baharu terhadap kes pembunuhan itu.

Iklan
Iklan

Pihak pendakwaan dikendalikan Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh, Muhammad Haikal Mahfuz, 24, diwakili peguam Syahril Anuar Harun.

Syahril dalam penghujahannya memaklumkan Muhammad Haikal sudah ditahan reman sejak Januari namun kes masih belum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Iklan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Mohammad Haikal (tengah) didakwa membunuh Bella antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah.

Majistret kemudian meminta pihak pendakwaan untuk melengkapkan permohonan kes agar dapat dipindahkan segera ke Mahkamah Tinggi memandang sudah dua kali permohonan izin dilakukan pada Mac dan April.

Iklan

Selain itu, Mahkamah Majistret mengguna pakai Seksyen 117 (A) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) sebagai medium untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Sebelum itu, Mohammad Haikal tiba di mahkamah pada kira-kira jam 9 pagi dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Turut kelihatan ialah ahli keluarga kepada Mohammad Haikal termasuk bapanya yang menunggu seawal jam 8 pagi di pekarangan mahkamah.

Mohammad Haikal (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Isnin.

Mohammad Haikal didakwa membunuh Bella antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah.

Kejadian itu berlaku pada jam 11 malam hingga 5 pagi, antara 14 hingga 15 Disember tahun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!