Tutup sekolah jika suhu cuaca lebih 37 darjah Celsius

Iklan
Kah Woh (tengah) bermesra dengan peserta-peserta yang berjaya memenangi 'Allianz Junior Badminton Championship' di Taiping.

TAIPING - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menutup mana-mana sekolah sekiranya suhu harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut berikutan cuaca panas yang melanda beberapa negeri.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, penutupan sesi persekolahan itu bagaimanapun bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

Iklan
Iklan

"Penutupan sekolah dilakukan mengikut garis panduan yang sedia ada. Pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sedia maklum berkenaan garis panduan itu dan ia masih terpakai.

"Selain itu, sebarang aktiviti luar bilik darjah juga akan dihentikan sekiranya suhu cuaca melebihi 35 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Sirkuit 'Allianz Junior Badminton Championship' di Wintel Sport di sini pada Ahad.

Iklan

Menurut Kah Woh, pihaknya akan memantau keadaan cuaca semasa dengan mendapatkan nasihat daripada KKM dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) demi kesihatan pelajar.

"Bagi kami, kesihatan murid-murid merupakan suatu perkara yang menjadi keutamaan kepada kita," katanya.

Iklan
Kah Woh bersama pelajar yang menyertai 'Allianz Junior Badminton Championship' yang berlangsung di Taiping.

Media melaporkan amaran gelombang haba dikeluarkan di Pasir Mas, Kelantan apabila daerah itu dikesan menerima suhu panas mencecah 40 darjah Celsius.

Tujuh lagi daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai pula menerima suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius iaitu pada tahap berjaga-jaga.

Selain itu, cuaca panas dengan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius turut dikesan di Padang Terap, Kedah dan Kota Marudu, Sabah

Pada Jumaat melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman terhadap keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas dan langkah tersebut memerlukan penelitian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan untuk diperhalusi

Cuaca panas luar biasa yang melanda terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah ketika ini dijangka berlarutan selama dua bulan lagi selain menjadi musim paling panas dunia berikutan fenomena El Nino yang bermula sejak tahun lepas selain faktor perubahan iklim.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!