Calon PH, PN lawat keluarga tiga beranak mati lemas

Iklan
Sock Tao (dua dari kiri) meluangkan masa melawat Azimah di Hospital Kuala Kubu Baharu pada Ahad

HULU SELANGOR - Tragedi tiga beranak yang mati lemas ketika mandi di Sungai Balak, Batang Kali dekat sini pada Ahad turut mendapat perhatian dua calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Kedua-dua calon iaitu Pang Sock Tao yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan khairul Azhari Saut daripada Perikatan Nasional (PN) meluangkan masa melawat keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Baharu dekat sini.

Iklan
Iklan

Sock Tao yang hadir berbaju tradisional India tiba kira-kira jam 4.55 petang diiringi pasukan kempennya.

Calon berusia 31 tahun itu meluangkan masa kira-kira 20 minit bertanya khabar dengan Azimah Azaha yang merupakan isteri dan ibu kepada mangsa tragedi berkenaan.

Iklan

Selang 30 minit kemudian, Khairul Azhari yang turut diiringi pasukan kempennya tiba di lokasi sama.

Khairul Azhari (tengah) bertanya sesuatu kepada salah seorang ahli keluarga mangsa lemas.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, perkelahan sebuah keluarga berakhir tragedi apabila seorang bapa bersama dua anaknya lemas ketika mandi di Sungai Balak, Batang Kali dekat sini.

Iklan

Mangsa terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun dan dua anaknya iaitu seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun dan kanak-kanak lelaki berumur enam tahun.

Sementara itu, salah seorang waris mangsa yang enggan dikenali berkata, keluarga yang terdiri daripada tujuh beranak berkenaan sememangnya kerap ke Kuala Kubu Baharu bagi menghabiskan cuti hujung minggu.

Malah katanya, keluarga turut memiliki rumah persinggahan di kawasan yang terkenal dengan ekopelancongan tersebut.

"Kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!