Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka

Iklan
Tangkap layar hantaran video dimuat naik Caprice di Instagram pada Jumaat.

SHAH ALAM - Seorang pemuda memohon maaf kepada penyanyi rap, Caprice dan isteri, Farra Inalis kerana menghina wajah anaknya yang baru lahir iaitu Airiel Qashaf.

Menerusi hantaran video dimuat naik di Instagram Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.

Iklan
Iklan

Farra atau lebih mesra dipanggil Elis kelihatan berang dan agak emosi dengan tindakan sedemikian sambil ditenangkan oleh suaminya.

Caprice yang terlihat lebih santai memberikan dua pilihan kepada individu berkenaan sama ada mahu menyelesaikan perkara itu dengan pihak polis atau pergi ke masjid.

Iklan

Irfan bagaimanapun memilih untuk ke masjid dan mereka dilihat solat bersama-sama.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat, Caprice bermurah hati menghulurkan sedikit wang kepada pemuda tersebut untuk diberikan kepada ibunya sebagai duit raya.

Iklan

Sebelum itu, Caprice mendedahkan tangkap layar hantaran mesej mengenai seorang remaja yang dikatakan menghina wajah anak lelakinya dan menyamakan bayi itu dengan seekor haiwan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!