PM mahu kemiskinan tegar di Kedah dinoktahkan

Iklan
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 peringkat negeri di Tasik Darulaman Jitra, pada Sabtu. Foto Bernama

JITRA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu masalah kemiskinan tegar di Kedah dinoktahkan dengan kadar segara.

Beliau berkata, masalah kemiskinan diharap diselesaikan kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri dalam tempoh dua bulan.

Iklan
Iklan

Beliau menyifatkan, tidak munasabah ada kalangan masyarakat tidak cukup makan, pakaian atau perbelanjaan sekolah dengan kemudahan yang ada.

"Kita hendak selesaikan semua masalah kemiskinan akan ambil masa tetapi kemiskinan tegar kita mampu.

Iklan

"Sebab itu, saya ucap terima kasih kepada agensi persekutuan yang selaraskan dengan Unit Penyelarasan Pejabat Pembangunan Negeri (ICU), kita dapat kerjasama kerajaan negeri," katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman Jitra, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 2,500 keluarga miskin tegar yang masih ada di Kedah.

Iklan

Beliau turut melahirkan kepercayaan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak terbabit akan menghasilkan natijah yang baik.

"Kita tidak mahu negeri-negeri yang didiami ramai masyarakat Melayu Islam ini masih terdera dengan kesusahan ini, dan oleh demikian beri perhatian," katanya.

Anwar berkata, pihak ICU memiliki maklumat berkaitan keluarga terbabit, sekaligus akan mencari jalan untuk menyelesaikan isu kemiskinan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!