CDC beri amaran risiko jangkitan H5N1 pada manusia

Iklan
Strain virus itu turut dikesan pada susu mentah lembu dijangkiti, baru-baru ini. - Foto: Agensi

CHICAGO - Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat memberi amaran kepada pekerja di ladang ternakan lembu tenusu kerana mereka kekal berisiko dijangkiti virus selesema burung, H5N1.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) turut menggesa golongan itu supaya memakai alat perlindungan yang bersesuaian apabila terlibat dengan kontak rapat haiwan atau sebarang objek termasuk susu mentah tercemar.

Iklan
Iklan

Amaran tersebut dikeluarkan selepas surat dihantar kepada New England Journal of Medicine yang memperincikan kes seorang pekerja ladang lembu tenusu yang didiagnos positif virus itu pada Mac lalu dan turut mengalami jangkitan pada mata atau konjunktivitis.

Difahamkan, jangkitan selesema burung pada manusia jarang berlaku dan kes tersebut merupakan yang kedua pernah dilaporkan di AS.

Iklan

Perkembangan wabak itu mengundang kebimbangan terhadap risiko penularan dalam kalangan spesies mamalia dan kemudiannya disebarkan kepada manusia yang dikhuatiri mencetuskan pandemik global seperti Covid-19 sebelum ini. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan